Thursday 9 July 2015

PUTRAJAYA ISLAMIC TOURISM FESTIVAL (PITFEST) 2015

Menurut Pusat Pelancongan Islam Malaysia (ITC), pelancongan Islam semakin berkembang pesat kini di serata dunia.  Ia mewakli pasaran khusus terbesar yang belum diterokai dalam pelancongan global khusunya bagi pelancong Islam.Terdahulu, pelancongan Islam hanya meliputi perjalanan keagamaan seperti Umrah dan Haji.  Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, istilah ini telah diperluaskan kepada golongan Muslim yang melancong untuk tujuan perniagaan dan juga percutian

Putrajaya Islamic Tour Festival 2015 (PITFES 2015), akan diadakan pada 28 hingga 30 Ogos 2015 bertempat di Putrajaya International Convention Center.  Ia akan menjadi satu-satunya acara yang memfokuskan kepada pelancongan Islam di Malaysia di mana lebih 200 gerai jualan melibatkan agensi pelancongan badan-badanyang berkait rapat denganindustri pelancongan khusunya Haji, Umrah dan Muslim Tours.

Acara julung kalinya ini diadakan bertujuan untuk menjadi platform buat agensi pelancongan tempatan untuk mmperkenalkan produk pelancongan Islamdi Malaysia terutamanya dan antarabangsa secara amnya.  Ini juga termasukla pakej-pakej Umrah dan Haji yang ditawarkan oleh agensi tempatan.

Selain itu PITFEST2015 turut menyajikan aktiviti-aktivitiyan g menarik sepanjang tempoh acara ini. Diantaranya ialah seminar oleh para penceramah undangan antrabangsa.  Mufti Ismail Menk dan Bilal Philips. Simulasi untuk Haji dan Umrah akan dijalankan di dewan utama bagi menggalakkan penglibatan masyarakat Islam yang muda untuk mengerjakan Haji atau Umrah dalam usia muda. Penghayatan dalam konsert amal "Route to Haramain" yang bakal memberi impak yang kuat ke dalam industri Haji dan Umrah yang akan diadakan pada sebelah malam program.

Acara PITFEST2015 disokong padu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOCAT) dan Koperasi Usahawan Haji dan Umrah Selangor Berhad, bersama Perbadanan Putrajaya.


No comments:

Post a Comment